MEI 2022

PRU-15: Parti Komponen GPS Perlu Bersatu Hati Menangi 31 Kerusi


KUCHING: Parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bersatu hati sekali gus mengenepikan kepentingan peribadi untuk memastikan kemenangan berganda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) milik gabungan itu.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam soal pemilihan calon, kepentingan peribadi bukan agenda utama.

“Sebaliknya, kita bekerjasama dan kekal bersatu untuk menghadapi PRU nanti. Dengan sokongan padu parti komponen GPS,  kita akan memenangi kesemua 31 kerusi parlimen yang ditandingi,” katanya.

Beliau berkata pada perasmian Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ke-27, di sini.

Abang Johari berkata, GPS sentiasa bersedia jika PRU-15 diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, dengan memiliki suara GPS yang kuat, Sarawak pasti akan mencapai banyak perkara untuk kebaikan rakyat dan negeri.

Beliau percaya, jika perpaduan kukuh pembangkang tidak akan dapat memenangi kerusi di Sarawak.

Sumber dari : Jiwa Bakti